AJL 25 ~Live Streaming Online~


AJL 25 hebat nama tu kan..sudah tentu finalis pun hanya yang terbaik dan hebat betul kan? Walaupun aku hanya wacth live streaming online sahaja but aku still puas hati. Memang gempak habis penuh warna warni gemilang sehebat namanya. Seperti yang kita ketahui kemenangan pada malam tu berpihak pada ANA RAFFALI. But aku tertanya juga sapa artis ni? x kenal pun? sory to say memang aku agak tidak up-to-date pasal dunia hiburan Malaysia, apalagi artis baru. So aku try search di Google.




Finally aku jumpa gambar2 ni dan melalui pengamatanku memang ayu Ana Raffali ni sudahla cantik, ayu berbaju kurung pulak tu, suara AF ni boleh tahan jugaklah dan bolehla aku gelar anak melayu terakhir. Belum puas hati aku search lagi. Aku jumpa jugala profil Ana Rafali ni.

NAMA PENUH: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali

NAMA SINGKATAN: Ana Raffali

TARIKH LAHIR: 4 November 1985

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

ADIK-BERADIK: Anak ke sembilan daripada 11 beradik

KARIER: Penyanyi dan penggubah lagu

PENDIDIKAN: Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

MUZIK YANG DIGEMARI: Rock, alternatif, pop & klasik

ALAT MUZIK: Gitar Martin & Co 000-15

IDOLA: M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza

LAGU YANG DICIPTA: Hujan Bunga di Kuala Lumpur, Mekanika, Cuba Jangan, Ketika Aku Kecil, Ingatkan Aku, Tingkap Kaca, My Darling, Ghost, Lovely Lovely Scene dan Paint Ma

Sekali pandang hebat juga profil Ana Raffali ni kan. Beauty With Brain sesuaikan? memang pun. Tapi kesian juga AF ni kemenangan yang dirangkulnya penuh kontroversi. Banyak pihak pula tidak senang hati kenapa?? tidak layakkah dia? well my opinion la kan lagu dia memang best sebab aku suka dengar. Aku kenal AF ni pun masa aku tengok AJL 25 hari tu. Mungkin dia tidakla sepopular artis2 yang bertanding dan mungkin kerana sebab itu kemenangannya dipertikaikan. Tapi AF ni memang ada kelainan yang tersendiri. Lagipun AJL 25 ni bukan sahaja lagu yang dipertandingkan tapi lirik pun diambik berat. So aku search la lirik lagu Tolong Ingatkan Aku.

Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali 

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


Best..lirik lagu melodi sangat puitis dan membuai rasa..betulkan? cubala hayati..anda pasti terbuai. Sangat sempoi dan membuatkan kita relax lagipun liriknya sangat telus dan jujur. Aku cakap apa yang aku rasa, lagipun aku bukanlah peminat AF ni tapi sebagai pendengar yang perihatin apa salahnya aku tengok kelebihan yang ada pada AF. Memang best lagu ni. dan memang layak pun menang AJL 25.

Sebagai rakyat Malaysia sokongla produk dan keluaran Malaysia. Memang layak lagu ni menang dan siapalah kita yang ingin membangkang. Sedangkan juri-juri yang dipilih adalah dikalangan yang profesional dalam bidang hiburan. Mungkin disebabkan AF ni pendatang baru, dan julung kali ikut AJL25 maka ramaila peminat fanatik hiburan tanahair yang protes. Dan mungkin juga salah satu juri adalah Andy FP sebab Andy FP kan adalah salah satu anggota AF ni juga, mungkin ramai yg sangka ada sedikit berlaku berat sebelah atau tidak adil. Walallahualam..

Anyway congrats buat ANA RAFFALI sudah menang tu jangan sombong dengan peminat ya..semoga AF lebih succes....jom layan video klip ni..





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...