I Love My Family


Entri kali ini adalah aku ingin mengubati kerinduan dengan my family tersayang..sudah dekat setahun aku tidak jumpa my family..maklumlah ikut hubby tinggal overseas so memang jauh di perantauan...erm sebenarnya ini adalah pertama kali aku tinggal berjauhan bersama family...walaupun begitu aku bersyukur sebab aku sentiasa dekat bersama hubby untuk menjalankan tanggungjawab seorang isteri...dan buat familyku walaupun jauh namun sentiasa dekat dihati...dan sentiasa merindui kamu selalu huhu...

Aku dibesarkan dalam keluarga yang kecil dan sederhana..walaupun kami tidaklah kaya namun my family sangat kaya dengan kasih sayang...aku hanya ada seorang adik perempuan..dan kami dibesarkan dalam suasana kampung yang sangat bahagia...


Gambar diatas adalah gambar kedua orang tuaku..hehe jangan hairan sebab gambar sangat nostalgia..kalau aku tidak silap dalam tahun-80an gambar ni diambil...dan satu rahsia lagi gambar inilah bapaku simpan didalam dompetnya setiap masa..menemaninya kemana sahaja erm jiwangkan and ada lagi rahsia dibelakang gambar ini ada ayat jiwang yang bapaku coretkan..hehe..tapi aku lupa sudah apa...so bapaku memang romantik bersama mamaku...huhu best...best...


Dan ini pula adalah gambar semasa hari raya tahun 2010...kata mamaku tahun ni tema serba biru..sebenarnya walaupun kami tidak berada disana tapi baju raya aku bersama hubby tercinta pun tetap ada. Aku yang minta tolong sama mamaku kasi sedia hehe...kamu mau tahu kenapa aku tetap minta buat juga walaupun aku dan hubby tiada sana? sebab tahun 2010 adalah raya tahun pertamaku bersama hubby tersayang..so secara simboliknya aku ingin mengkoleksikan baju raya kami dari tahun pertama selepas kahwin sehinggala kehujung hayat aku bersama suami tercinta...amin...jiwangkan......


Inila baju raya aku bersama hubby untuk tahun 2010 ni...dan terima kasih banyak2x mamaku..sebab sudi tolong pilih,beli,hantar kain ni pergi ke kedai jahit...luv my mum so much muarh ....opps jgn silap kami kirim duit and mamaku yang tolong atur hehe dan baju raya inilah merangkap baju raya pertama kami setelah bergelar suami dan isteri....tidak sabar sambut raya tahun ni...sebab tahun ni aku dan hubby akan sambut bertiga...my future baby sudah lahir masa tu...


Gambar aku bersama adikku..kami dua ni macam biasala adik beradik..kadang2 bergaduh kadang2 berketawa2 hehe...sekejap2 marah sekejap sejuk sudah...tapi adikku ni memang kuat pemarah...sikit2 marah saja dia ni hahaha....tengok mukanya tua sudahkan...teda bah main2 saja...lepas tu kami dua ni kalau sudah satu kepala memang satu kepala la tu tapi kalau tidak berngam...ndala berngam...so macam tu la kiranya kami dua ni...sama adikku ku suka bergaya dari aku..suka seksi2 kunu'la...tengok rambutnya kuning2 sudah padahal masa ni dia masih lagi d form4...masih iskul..tapi minta sponsor sama aku lagi tu..sabar sajala...


Gambar ini pula adalah gambar masa kami bujang lagi..masa tangkap cintan dulu2...hehe..kalau tidak silap tahun 2008 masa sepupuku kahwin...actually aku suka sangat tengok gambar ni sangat romantik dan banyak kenangan. Mau tahu kenapa dalam gambar ini saja ada tersimpan banyak cerita terutamanya kasut yang hubby pakai tu...kasut tu baru kami beli petang sebelum majlis...ehem dalam mencari kasut tu lagi banyak cerita, tahula hubby aku ni sangat cerewet kalau membeli barang berbanding aku..kalah lagi aku ooo..hehe tapi kami bahagia dengan cara itu...lepas tu kasut, baju hubby lagi haha ini lagila banyak story..tapi itu biarla rahsia aku bersama hubby...sikitla..kunu'2 juga hubby aku ni mo beli baju untuk tu majlis...so kami carila satu bandar Sandakan. Cari punya cari, round punya round, semua sudah tempat shopping pergi pun hubby masih juga belum jumpa..erm bayangkanla cerewet kan hubby ku hehehe....last2..kami pulang tangan kosong hahaha...lucu2 perangai hubby aku ni..but aku mencintainya sepenuh dan sedalam hati...  i luv sayang..muarhhhh....


Lastly walaupun aku sangat merindui keluargaku namun ianya terubat dengan kehadiran my hubby tersayang..terima kasih kerana sudi menyayangi dan memberikan cinta dan kasih sayang abang terhadap sayang...dan juga segala pengorbanan abang akan sayang hargai sehingga ke akhir hayat sayang...amin..
hubby tahu aku sangat merindu family di kampung dan selama itula hubby tidak pernah menyakiti hati ini.dibelai dan dimanja selalu...dengan kasih sayang hubby...terubat kerinduan...dan aku bersyukur kerana dipertemukan jodoh bersama hubby...sayang hubby selamanya amin....

Buat keluargaku..jaga kesihatan amalkan hidup yang sihat..hehe selalu2 la berjoging...bertanam sayur ka..yang penting kasi keluar peluh...lastly hanya doa kami titipkan untuk bapa, mama, n adik..semoga anda sihat walafiat dan tidak lama lagi kita jumpa....hepi..hepi..


Wassalam



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...