Info Buasir <--menakutkan!!

Selamat-selamat semua :)

**aku baru habis godek "mis google" terus dapat info dari wikipedia tentang BUASIR**
lepas baca tu baru sedar pentingnya jaga kesihatan n lagi teruk bila dah kena. Patutla aku selalu dengar ahli2 perubatan selalu nasihat "mencegah lebih baik dari merawat" <--betul ker ayat tu? terus aku insaf!!

APA ITU BUASIR?

Buasir atau hemoroid ni adalah pembengkakan pada vena yang terletak dibahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini menonjol akan menyebabkan membran disekitarnya membengkak, terasa sakit, gatal dan berdarah. Buasir disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan darah dalam rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau menonjol. <--takut!!




note*nsmpak tak kaler purple n biru tu la buasir


JENIS-JENIS BUASIR

Okay penyakit buasir ni terbahagi 2 bahagian iaitu buasir dalaman dan buasir luaran 

Buasir dalaman
*tidak terasa sakit dan gatal kerana terletak jauh di bahagian rektum 
*tidak merbahaya
*permukaan buasir yang getas boleh berdarah sekiranya meneran ketika membuang air besar
*titisan darah berwarna merah pada mangkuk tandas
*segera mendapatkan bantuan perubatan dikhuatiri kanser kolorektum


 Buasir luaran 
*terasa sakit, pedih dan gatal di dubur
*jika buasir tersepit bekalan darah akan terputus  
*bekuan darah akan terjadi di dalamnya dan menyebabkan terasa amat sakit
*apabila salur darah vena teregang atau terjadinya buasir adalah sukar untuk dibuang sepenuhnya
*buasir akan berulang kembali walaupun tekanan yang lebih ringan berbanding sebelumnya

PENYEBAB UTAMA BUASIR

*sentiasa duduk
*meneran (ketika najis keras atau sembelit)
*cirit-birit
*duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
*batuk yang teruk
*bersalin
*menangkat berat

PENCEGAHAN

*sekiranya pekerjaan anda memerlukan duduk terlalu lama, sekali-sekala anda perlu berjalan-jalan 5 minit setiap jam. Supaya dapat mengelakkan tekanan terus dari rektum.
*hembuskan nafas anda apabila tegang atau mengangkat sesuatu. Jangan tahan nafas anda.
*buat rawatan awal sekiranya batuk, cirit-birit, dan sembelit kerana buasir selalu terjadi apabila masalah ini berpanjangan.
*jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda melebihi dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. 

RAWATAN

Mandian Sitz
rendam rektum ke dalam air suam selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Cuci bahagian rektum dengan air suam selepas membuang air besar.

Koagulasi Inframerah
sinaran inframerah dipancarkan selama 1 @ 2 saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Terasa panas ketika rawatan diberi dan sedikit pendarahan selama beberapa hari. Rawatan untuk buasir dalaman.

Elektrokoagulasi Bipolar
juga dikenali dengan nama Bicap. Sama seperti rawatan Koagolasi Inframerah

Terapi Laser
pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Rawatan ini agak mahal.

PENGURUSAN SENDIRI

*minum air sekurang-kurangnya 1.5-2 liter
*makan makanan seimbang, banyakkan makanan yang tinggi serat, bijiran, buah2an & sayuran
*elakkan makanan berempah atau pedas, kopi dan teh.

*selepas aku baca ni takut juga kena..nda berani membayangkan bah!! haha*
so rajin2 la baca wikipedia bahasa melayu banyak info berguna. Ini aku share pun bagi point2 senang korang baca kan <--tu pun klu ada yg bca pnjg mcm esei haha
 

3 ulasan:

Manja (let it be my sweet name) berkata...

manja takut ade buasir huhu
blog yg comel2

Sharienz Sz berkata...

@Manja (let it be my sweet name)

tima kasih :)
em saya pun takut..lepas godek insaf kejap :)

gerek.basikal berkata...

Ubat buasir berkesan dari Jordan, harga dlm lingkungan RM22-RM27 bernama Neo Healer, Insya Allah berkesan. Boleh Chat dengan saya di www.gerekbasikal.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...