Tahun Beg Kekayaan?? Biar Betul!!

Assalamualaikum & salam sejahtera ^^

betul ka ni? na..confius ni aku sekarang..percaya tu ndala..tapi nda salahkan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih bernilai. Ceritanya begini  bah ni..tadi aku buka facebook..em macam biasala kan wall kita sentiasa dipenuhi dengan update status daripada kawan2..so tiba2 aku nampak kawan aku post update di wall dia pasal "Tahun Beg Kekayaan". Mungkin ramai sudah yang tahu ni kan..aku yang tertinggal keretapi mungkin, tapi nda salahkan aku share disini. Kalau kamurang mo baca..bah bacala..free juga, tapi kalau nda mo baca bah faham2 la klik "X" disebelah kanan tu..hehe..jangan marah sih!!

Kalau kamu perasaan tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun..perasaan kamu? aku baru perasaan hari ni..tengok di bawah ni..

1/1/11
1/11/11
11/1/11
11/11/11

(no ekor untuk anda) cantikkan tarikh2 tu? jangan saja kamu beli no. ekor sudah haha!! erm bagi kamu yang masih bujangan tu pilihla tarikh2 ni cantikkan...

okay ada lagi satu, cuba kamu ambil 2 no terakhir tahun kelahiran kamu lepas tu tambah dengan umur kamu tahun ni. Keputusan bagi semua orang mesti no 111. Cuba kamu try betul ka nda? contoh macam ni..



si ani lahir pada tahun 1987 dan umurnya pada tahun ni 24
so ambik 2 no terkahir tahun kelahiran si ani tambah umurnya tahun ni

    87
+ 24
  111

tryla kamu punya no pula..mesti jawapannya 111 kan?? hehe so maksudnya disini 111 ni adalah no tanda kekayaan.

Lepas tu ada lagi tahun ni juga pada bulan Oktober akan berlakunya 

5 kali hari ahad
5 kali hari sabtu
5 kali hari isnin

ini hanya akan berlaku sekali setiap 823 tahun..woo!! dunia memang sudah sangat tua kan..sebab tu la tahun ni dikenali sebagai "Tahun Beg Kekayaan" bagi semua orang tu hehe!!

jadi aku tanya kawanku di fb..betul ka ni? dari mana ko dapat? kamu tahu apa kawanku jawab..bilangnya ini dari "Chinese Feng Shui". ooooo...mulutku panjang patutla..feng shui rupanya..

tapi kesimpulannya disini pendapat aku la. Kita manusia ni mempunyai peluang yang sama untuk menjadi kaya yang bezanya hasil usaha seseorang. Jadi jangan pula lepas ni mentang2 bilang ni feng shui tahun ni tahun kekayaan terus pula kamu duduk2 goyang kaki dirumah tunggu tu kekayaan sendiri..ishh..sampai berjanggut pun nda kan kaya..so ambil yang tersiratnya..sama2 la kita berusaha untuk mencapai target kita dalam hidup..setiap orang rezekinya nda sama.masing2 ada jalan..betulkan??..

jangan jadi seperti kartun dibawah ni haha^^


3 ulasan:

kay_are berkata...

ade lak tahun camni?? x pernah dengar pun.. em..

nelly berkata...

jom jadi kaya ..hehehe

W berkata...

baca boleh, tambah pengetahuan, percaya tak boleh. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...