Tanda Harga Jual Tembirang!!!

Salam semua..

Dari semalam lagi aku terfikir idea ni tapi atas masalah kekangan masa dan sibuk menguruskan rumahtangga so aku menangguhkan dulu untuk berkarya disini <--cewah ingat artis ka? sebab aku bukan lagi hidup membujang tapi hidup berkeluarga ada suami so keperluan suami adalah perkara yang terpenting betulkan? nda kan lah mr hubby aku balik kerja aku belum masak?? ngee nda trcium bau syurga nanti <--sendiri rasa!! kotoh

Berbalik kepada tajuk!! tanda harga yang aku maksudkan disini adalah situasi yang aku gambarkan kepada mereka2 yang suka jual tembirang a.k.a tunjuk lagak!! mengikut pengalaman dan pemerhatian aku!! maaf aku juga bukan manusia perfect sentiasa ada kekurangan jadi sama2 la kita memperbaiki betul nda? 

Tanda harga (1) "Tanpa ditanya terus mengasi tau"
si Abu dan si Bakar
Si Abu turun ke pekan untuk membeli ikan di pasar tiba2 dalam perjalanan si Abu terserempak dengan si Bakar. Tidak semena-mena si Bakar terus bercerita

Bakar : Apa khabar ko Abu?
Abu : Baik, ko?
Bakar : Sihat, ya bah ni aku baru dari pejabat pos tadi mengasi tambah duit simpananku yang Rm20,000 tu!!
Abu : Blur????

pinjam dari miss google

haha!! faham kamu apa yang aku maksudkan situasi di atas? erm ntahla klu kamu pernah jumpa jenis manusia macam ni, nda ditanya tapi tiba2 sendiri bercerita? jadi apa perasaan kamu klu jumpa orang macam c Bakar?. klu aku jadi c Abu, aku yang tebal muka sebab nda ditanya tiba2 pula mengasi tau!! haha!! so kesimpulan situasi di atas tu si Bakar ni angkuh,riak,tembirang pastu menayang-nayang!! tul kan.

Tanda Harga (2) "Menasihati sambil angkat bakul sendiri"
si Ali dan si Ramli
sedang berbual-bual di warung Pak Seman

Ali : apa kerja ko sekarang Ramli
Ramli : ala..kerja kampung saja potong getah
Ali : oo..adakah untungnya tu ko potong getah saja?
Ramli : adalah sikit2 cukup makan pakai
Ali : cuba ko tengok macam aku..sekarang aku tinggal di bandar kerja pun dibandar gaji ribu. Baru 2 bulan dapat sudah aku tarik kereta. Aku rasa bagus ko lupakan kerja mu potong getah tu, sudahla kotor, kerja kampung lagi teda masa depan bah tu. terus terangla aku kalau ko memotong saja getah teda kemajuan bah..itu2 saja kehidupanmu.

gambar di pinjam dari miss google

ermm susahkan terjumpa orang macam ni? kesian si Ramli. hina sangatka potong getah? atas nama kerja kampung sampai begitu sekali hina ka? lagipun ci Ramli bukan buat kerja jahat. Jadi c Ali ni niatnya kunu' menasihat tapi sambil pandang hina dan rendah sama orang lain, nda bagus jugakan. Mana tau tiba2 c Ramli lagi senang dari c Ali. Ingat murahka potong getah? sekarang pun 1kg=Rm8 lebih oh!! 1tan dekat2 juga tu rm4-5 ribu!! Jangan pandang hina hanya kerana darjatmu yang lebih sikit ko rasa mulia sangat.

Tanda Harga (3) "Tiada branded ko miskin"
si Limah dan si Siti
si Limah datang bertandang di rumah si Siti yang baru melahirkan anak

Limah : comelnya babymu siti
Siti : syukur semuanya kurniaan Allah s.w.t
Limah : ko pakai kain lampin saja ka untuk baby?
Siti : iya kenapa?
Limah : nda bagus tu, lebih baik ko pakai jenama "huggies" bagus untuk baby.
Siti : mahal bah jenama tu Limah.
Limah : iya memang mahal tu. apa jenama baju babymu?
Siti : tiada jenama yang biasa saja.
Limah : oo..yang baju baby ku tu aku kasi pakai "Baby Kiko" kalau berjalan aku kasi pakai "Padini Kids"

gambar di pinjam dari miss google

dari miss google

haha!!! si Limah ni datang bertandang dirumah si Siti sebab mo menengok jenama apa yang baby si Siti pakai. Orang begini aku pernah jumpa..apa boleh buat kesukaan mungkin membanding-banding.

Tanda Harga (4) "Kau lebih sikit dia lebih banyak"
si Olan dan si Olin
sedang berbual-bual

Olan : syukurla ada sudah kereta kancilku tu.
Olin : ya bah tapi bagus lagi Myvi
Olan : iya macam uncle ku baru keluar Kembara
Olin : oo..kakak ku pun terus mengasi keluar Toyota Fortuner 
Olan : oo..uii mahal tu bos!!
Olin : nda juga bah..biasa2 sj tu harganya..macam uncle ku minggu depan keluar sudah Ninja King Nexus
Olan : uii..kaya2 keluarga mu ni.
Olin : ishh mana da mampu sikit adala..aku ni pun nda lama lagi mengasi keluar BMW

dari miss google

dari miss google

ambikmu!! si Olin ni nda mau kalah..kalau ada orang lebih terus dia pun mo lebih juga..terusla terikut segala suku-sakat dicerita!! keluar segala kakak,uncle,makcik,datuk,datin..semua tu ada suku-sakatnya!! hehe. Sebenarnya aku terperasan juga orang begini..klu kau bercerita sikit mesti begina cara cakapnya "iya macam kawanku", "iya mcam pakcik ku". Pernahkan kamu jumpa orang begini? ngeee

Itu sajala yang aku terfikir. Sebenarnya banyak "tanda harga" lagi orang yang suka jual tembirang ni tapi kalau aku kasi list disini semua conform nda habis sampai bila2 sebab terlampau banyak ragam. Jadi sentiasa la kita beringat sebab kadang2 kita ni pandai lupa diri bila diri sudah di awang-awangan kan!! Okayla itu sajala kalau ada lagi idea yang aku terfikir lain hari aku buat entri lagi. bye..bye

Surat Cinta *cerita diatas adalah rekaan semata-mata tiada kena-mengena dengan manusia yang masih bernafas atau yang ndada nafas sudah





2 ulasan:

Lina berkata...

org bgini byk aku jumpa..ada lagi tuh, 'apa ko buat?' 'tgh round2 cari kedai nike' 'kenapa?' 'Kasut yang aku br bli arga 300 ratus nih ,tekluar tali jahitan nya skit..mo suru tukar..' adedeh..haha

Sharienz Sz berkata...

@Lina

hahaha!! ya bah lina byk ragam org mcm bgini..kdg2 lucu jg..tp apa bole wat kebiasaan sdh mgkn..nda pun kekurgn ksh syg mgkn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...