The Story Tentang Abg Sapijan, Kak Bia, Adik Era

Salam Jumaat

*morning semoga teman-teman blogger sentiasa ceria* cepatnya masa berlalu sedar tak sedar hari ini dah pun hari jumaat!! eee...suka!! besok lusa holiday!!

berbalik kepada tajuk aku yang poyo!! tu hehe..cerita tentang mereka bertiga. ketiga-tiganya tiada kaitan saudara pupu 1x atau 2x atau 3x. hanya mempunyai persamaan disebalik nama yang simbolik keke..

nanti aku kasi terang nama-nama simbolik tu ok..ni aku nak imbas semula cerita alam persekolahan aku dulu..tapi still ada kesinambungan dengan nama-nama di atas tu..hehe

ceritanya bermula macam nie..waktu aku sekolah menengah dulu aku mempunyai 5 orang teman yang sangat rapat. masing-masing punya perwatakan yang berbeza-beza. ada yang tahan tukul, nda pernah marah, kuat marah, suka mengasi kena, suka ketawa-ketawa dan bermacam-macam ragam lagi. itu yang buat group kita best!!

salah satu daripada teman aku ni memang suka menyakat orang, nda kisah la sama ada murid atau guru semua dia hentam kasi kena. yang penting buat dia enjoy dan ketawa-ketawa.

so pada suatu hari sewaktu Cikgu I sedang mengajar, tiba-tiba pula teman aku datang sot!! <--wayar otak mereng-mereng + putus-putus 

A = teman aku
Cikgu I = guru BM kami

A = Cikgu..saya ada mahu kasi sampai pesan sama cikgu.

Cikgu I = Pesan apa?

A = Macam ni hari tu saya ada terjumpa dengan bekas pelajar cikgu di Giant, durang kirim salam sama cikgu.

Cikgu I = Siapa nama pelajar tu?

A = Bekas pelajar juga, kalau nda silap si sapijan, kak bia sama si era

Cikgu I = Cikgu tak berapa ingat la, nama penuh mereka apa? mungkin cikgu boleh ingat semula.

A = Erm..tapi cikgu sambut ka salam durang?

Cikgu I = A'ah yala waalaikumsalam..

A = Cikgu betul-betul mahu tau ka nama penuh durang?

Cikgu I = Yala..apa nama penuh mereka tu.. <--cikgu nda sabar sudah

A = Betul ya cikgu jangan menyesal. sebenarnya si sapijan nama penuhnya SAPIJANTAN, si kak bia tu BIAWAK, dan si era tu KERA.

Cikgu I = Kamu kenakan cikgu ya..KELUAR KELAS sekarang <--cikgu tergeleng-geleng kepala menahan malu



dengan muka yang nda malu tahan tukul lagi...teman aku A pun ketawa-ketawa sambil keluar kelas..haha!! padan muka siapa suruh kasi kena cikgu. Alasannya kunun dia mengantuk dalam kelas tula pasal dia cari pasal sama cikgu. 

tapi kawan-kawan lain pun support sebab semua orang nda suka Cikgu I sebab suka kontrol macho haha!!!

tapi kita semua sempat minta maaf sebelum ambil exam SPM. nanti nda berkat pula ilmu hehe!!


*Nota Muzik - Cikgu tu asalnya dari semenanjung tapi posting di Sabah hehe..kesian cikgu tu keke minta maaf ya cikgu*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...