Memaparkan catatan dengan label Zaman Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zaman Sekolah. Papar semua catatan

1st April


1st update for april yeah!! hehe. Bila tiba 1hb April kenangan lalu terimbas kembali. banyak memori manis yang tidak dapat dilupakan. Budak hostelkan!! sapa pura-pura lupa nda tau la mungkin ada masalah memori hehe. 

Aku ingat lagi masa tu aku baru form 1 jadi faham-faham la selalu jadi mangsa buli budak senior kan? mula-mula nda juga aku faham istilah aprilfool ni..maklumlah masa darjah dulu mana pernah dengar. budak form 1 ni pun awal la tido kan. tapi rupanya budak senior ni ada plan sudah mo mengasi kena..termasukla aku hahaha.

tapi aku nda jugala sandi dikasi kena tapi lucu jugala..nasib aku terbangun subuh-subuh jam 2 lebih. aku heran durang senior ni ketawa-ketawa. mula2 aku nda perasaan tapi lama2 macam lain pula aku rasa di muka ku. sekali aku raba-raba muka ku macam terasa kasar pula. aku raba lagi kali kedua masih juga aku rasa kasar2..barula aku pasti rupanya durang budak senior sapu colgate diseluruh muka ku shiitttt!!! terus cepat2 aku cuci muka kasi bersih..naa...lepas tu aku pun ikut berjaga mo mengasi kena haha..ikut2 budak senior..

kakak2 senior dalam bilik ku masa tu di dorm 1 semuanya lucu-lucu pastu sot2 haha! tula tu best. ada la aku tengok durang kasi pakai kasut,stokin, ada yang kena ikat tangan sama kaki di katil. kena ikat gayung ditangan masa tidur. kena ikat tangan sama tanganla..memang lucu kalau ditengok..tapi itu semua kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakan.

apa yang pasti kita ni sebagai manusia  membesar bersama-sama kenangan nda kirala manis atau pahit. semuanya jadi panduan hidup. apa yang penting cara kita menangani nya dan bergembira hehe.


Nota kaki :- Bestkan jadi budak hostel!! untung bah..jadi janganla segan silu tinggal hostel hahaha!!!! 



 




The Story Tentang Abg Sapijan, Kak Bia, Adik Era

Salam Jumaat

*morning semoga teman-teman blogger sentiasa ceria* cepatnya masa berlalu sedar tak sedar hari ini dah pun hari jumaat!! eee...suka!! besok lusa holiday!!

berbalik kepada tajuk aku yang poyo!! tu hehe..cerita tentang mereka bertiga. ketiga-tiganya tiada kaitan saudara pupu 1x atau 2x atau 3x. hanya mempunyai persamaan disebalik nama yang simbolik keke..

nanti aku kasi terang nama-nama simbolik tu ok..ni aku nak imbas semula cerita alam persekolahan aku dulu..tapi still ada kesinambungan dengan nama-nama di atas tu..hehe

ceritanya bermula macam nie..waktu aku sekolah menengah dulu aku mempunyai 5 orang teman yang sangat rapat. masing-masing punya perwatakan yang berbeza-beza. ada yang tahan tukul, nda pernah marah, kuat marah, suka mengasi kena, suka ketawa-ketawa dan bermacam-macam ragam lagi. itu yang buat group kita best!!

salah satu daripada teman aku ni memang suka menyakat orang, nda kisah la sama ada murid atau guru semua dia hentam kasi kena. yang penting buat dia enjoy dan ketawa-ketawa.

so pada suatu hari sewaktu Cikgu I sedang mengajar, tiba-tiba pula teman aku datang sot!! <--wayar otak mereng-mereng + putus-putus 

A = teman aku
Cikgu I = guru BM kami

A = Cikgu..saya ada mahu kasi sampai pesan sama cikgu.

Cikgu I = Pesan apa?

A = Macam ni hari tu saya ada terjumpa dengan bekas pelajar cikgu di Giant, durang kirim salam sama cikgu.

Cikgu I = Siapa nama pelajar tu?

A = Bekas pelajar juga, kalau nda silap si sapijan, kak bia sama si era

Cikgu I = Cikgu tak berapa ingat la, nama penuh mereka apa? mungkin cikgu boleh ingat semula.

A = Erm..tapi cikgu sambut ka salam durang?

Cikgu I = A'ah yala waalaikumsalam..

A = Cikgu betul-betul mahu tau ka nama penuh durang?

Cikgu I = Yala..apa nama penuh mereka tu.. <--cikgu nda sabar sudah

A = Betul ya cikgu jangan menyesal. sebenarnya si sapijan nama penuhnya SAPIJANTAN, si kak bia tu BIAWAK, dan si era tu KERA.

Cikgu I = Kamu kenakan cikgu ya..KELUAR KELAS sekarang <--cikgu tergeleng-geleng kepala menahan malu



dengan muka yang nda malu tahan tukul lagi...teman aku A pun ketawa-ketawa sambil keluar kelas..haha!! padan muka siapa suruh kasi kena cikgu. Alasannya kunun dia mengantuk dalam kelas tula pasal dia cari pasal sama cikgu. 

tapi kawan-kawan lain pun support sebab semua orang nda suka Cikgu I sebab suka kontrol macho haha!!!

tapi kita semua sempat minta maaf sebelum ambil exam SPM. nanti nda berkat pula ilmu hehe!!


*Nota Muzik - Cikgu tu asalnya dari semenanjung tapi posting di Sabah hehe..kesian cikgu tu keke minta maaf ya cikgu*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...