♪ ♩ ♫ ♪ Jom Join Bloglist Burungman ♪ ♩ ♫ ♪

Salam..

Mari..mari..mari.."Join Bloglist Burungman" uihh macam jual ikan pula..jangan disalah erti ya bagi korang yang ingin join cepat2 ushar blog Burungman sapa lambat tertinggal keretapi!! haha..aik..nda percaya juga neh..ini buktinya tengok gambar iklan dibawah ni..masih was2 korang klik saja itu picture ya..nda juga pandai sah nda dapat ditolong..keke..pandai2 la cari makan yah..

Memandangkan ini adalah kali pertama aku join sebarang aktiviti so tahap nervousku sudah mencapai tahap super duper gaban. Kalau mau mengutuk simpan dalam hati okay haha..jangan ambil pusing yah!! pura2 mengasi hilang nervous. Kamu juga yang dapat dosa kalau mengutuk..neh fikir2kan yah!

"Burungman Superhero Malaysia"

Aku adalah insan biasa yang punya perangai suka berangan-angan. Setiap masa akal fikiranku menerawang di luar batasan keupayaan manusia. Aku ingin disanjungi sebagai superwoman Malaysia namun malangnya aku hanya insan biasa yang tidak punya kuasa. Suatu hari aku berjalan-jalan di alam maya, mataku tertangkap nama yang sangat luar biasa bagi pandanganku "BURUNGMAN SUPERHERO MALAYSIA" langsung disaat dan ketika itu hatiku kuat ingin mengenalinya . Aku mengklik ke profilenya namun aku kecewa Burungman hanya ingin dikenali sebagai "Nordin". Hatiku tetap juga tidak berpuas hati aku mencari potretnya dan sekali lagi aku hampa apabila potret itu melambangkan tahap superhero nya sebagai Burungman. Mungkinkah Burungman sekacak Tiongman atau pun Keluangman paling kurang pun seperti Superman yang lebih-lebih macho pun macam Batman? hanya Burungman sahaja yang tahu. Aku pun meninggalkan jejakku di no 555.

Semakin hari Burungman semakin dikenali rakyat Malaysia. Jasanya yang suka membantu para golongan alam maya untuk lebih mengenali planet blogger. Ramai sudah yang pernah berinteraksi dengannya namun aku..langsung tidak berpeluang sekalipun berinteraksi dengannya. Lalu aku mengambil keputusan untuk mengikuti perkembangan Burungman dari jauh dan selalu meninggalkan jejak di no 555.

Pada suatu hari aku sedang berehat dirumah. Satu kejadian yang tidak pernah aku lupakan. Kedengaran guruh berdentum menandakan hari bakal hujan aku pun segera ke ampaian untuk mengambil pakaianku. Tiba-tiba aku terdiam sejenak dan aku mula jadi sasau, berteriak seperti orang gila, menangis merintih sepenuh hati, meracau-racau seperti kerasukan syaitan. Jiran sebelahku menegurku "Kenapa dengan kamu?". Seperti aku baru tersedar aku menjawab perlahan-lahan "Bajuku..bajuku hilang". Makcik itu terkejut hampir terkeluar biji matanya mungkin difikirnya aku sudah gila, mentang-mentangla aku bekerja di Hospital Bukit Padang terjangkit mungkin disangkanya. Namun aku tidak peduli pada itu semua, walaupun baju itu aku beli di bundle dan berharga Rm4 tapi baju itu ada gambar seakan-akan mirip seperti potret Burungman.

Dengan hati yang sedih aku meluahkan perasaanku di diari onlineku yang tercinta ini. Aku coretkan secara terperinci keadaan baju itu, masa kejadian dan saksi penting, yang ku maksudkan makcik yang menegur dan memandang serong terhadapku. Aku menaruh harapan yang tinggi menggunung agar baju itu kembali padaku. Tepat jam 12.00 malam pintu rumahku diketuk perlahan-lahan. Aku teragak-agak dan mula tertanya-tanya siapakah yang datang ke rumahku di malam-malam buta ini. Namun aku gagahkan semangatku untuk membuka pintu itu.

Aku terkesima seketika, terlihat bungkusan suratkhabar berada di depan pintu rumahku. Aku mengambilnya dengan berhati-hati, aku lihat tiada nama kosong. Aku buka bungkusan itu dengan rasa ingin tahu yang mendalam dan sekali lagi aku terkesima. Aku lihat bajuku yang hilang berada dalam bungkusan itu. Baru aku tersedar seperti ada yang memerhatikan segala tingkahlaku ku. Aku mendongak ke arah atas pagar dan...aku terlihat seperti "Burungman" ya aku pasti itu "Burungman". Burungman tersenyum dan melambai kepada ku sebelum terbang. Burungman sempat meninggalkan sekeping gambar aku mengutip gambar itu dan tersenyum gembira.

Disebalik gambar ini terselit

"Burungman Superhero Malaysia"

Note: Cerita adalah dongeng semata-mata tiada kaitan kepada manusia yang masih berjalan-jalan atau pun yang sudah kembali ke alam barzakh. Just enjoy saja bah.

*Bahasa Sabah 100% digunakan.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...