Pengalaman Me & Hubby Banjir di Australia [Part II]

Salam semua..

Okayla seperti yang dijanjikan kalau ada part I mesti ada part II kan? nasib aku ada mood hari ni so aku pun mula mengarang hehe.

Hati aku dan hubby mula risau dengan keadaan rumah namun apa kan daya, pihak polis masih menutup jalan utama yang menuju ke rumah kami. Hampir dua minggu sudah aku dan hubby menanti. Apa yang kami dapat buat? tiada..hanya duduk dirumah dan menanti perkembangan semasa.

Dari apa yang kami lihat di tv news keadaan memang teruk. Sesetengah jalanraya putus, jalan utama juga ditutup kenderaan luar suburb tidak dapat masuk ke suburb kami. Bekalan makanan untuk dihantar ke supermarket pun tergendala dan mengakibatkan bekalan makanan di pasaraya hampir habis.

Terus terang masa aku dan hubby ke supermarket untuk membeli bahan makanan hampir kesemuanya tiada. Sayur,ayam,daging,beras,maggi, semuanya kosong. Aku dan hubby hanya membeli garlic bread selama kami di tempat pemindahan. Bantuan dari kerajaan memangla ada tapi mana mencukupi perut sentiasa lapar lagipun keadaan masa tu kan sejuk.




Keadaan semasa banjir dibeberapa kawasan. Mengikut news hujan selama 24 jam pada 16/12/10 tersebut bersamaan dengan kuantiti hujan setahun. Bayangkan kuasa Tuhan . Sebelum ini sungai utama di suburb ini kering kontang hinggakan kenderaan 4wd pun boleh melaluinya. Hanya ada pasir langsung tiada air. Tapi dengan kuasa Tuhan hanya dalam masa 24 jam sungai tersebut dipenuhi air sehingga melimpah dan mengakibatkan banjir berpuluh km.

Sekitar selepas banjir surut sedikit


Dipendekkan cerita selama 3minggu jalan utama telah pun dibuka namun hanya dilalui kenderaan 4wd. Air masih ada dipermukaan jalan. Aku dan hubby kerumah dan seperti yang kami jangka barang2 habis rosak. Hampir kesemuannya tidak dapat digunakan semula. Rumah sangat kotor dengan mud.

Aku dan hubby terpaksa berpindah dari rumah tersebut dan mencari rumah baru yang lebih selesa untuk diduduki. Lagipun kawasan dirumah lama kami bekalan elektrik dihentikan sementara untuk pembaikan wayar2 yang turut habis terendam. Hampir kesemua rumah turut terjejas. Semua penduduk terpaksa berpindah.

Syukur alhamdulillah kini aku dan hubby telah pun menyewa sebuah rumah baru yang selesa diduduki berbaloi dengan harga yang dibayar. Sewa rumah disini bayaran adalah setiap minggu bukan macam di Malaysia setiap bulan hehe.


...bersambung ke Part III...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...