Pengalaman Me & Hubby Banjir di Australia [Part I]

Salam semua..

Hari ini aku rajin sikit mo kongsi beberapa pic yang aku snap dan beberapa yang lain aku ambik dari yahoo7. Australia banjir? Iya itula pengalaman aku dan hubby semasa tinggal di bumi Australia. Memang di suburb yang kami tinggal pun terkena banjir memang teruk dan sampai sekarang air masih belum surut dibeberapa kawasan. Rumah kami pun kena tingkat bawah habis barang terendam tingkat atas pun hingga paras lutut sandi kan. Barang di tingkat bawah nda sempat kami selamatkan sebab masa tu pihak penyelamat mengarahkan kami berpindah dari kawasan itu secepat mungkin. Kami cuma dapat selamatkan barang2 dan dokumen penting. Barang2 elektrik semua habis rosak. Sedih dan sangat risau juga masa itu sebab yang ada cuma aku dan hubby saja. Terus aku teringat keluargaku di Sabah.

Memang tidak disangka suburb kami tinggal tu akan banjir sebab hari Khamis tu 16/12/10 memang hujan nda berhenti 1 hari lagipun hujan renyai2 saja jadi aku dan hubby pun nda sangka akan banjir so aku dan hubby ndala mengemas2 barang. Tiba2 petang Jumaat 17/12/10 pihak rescue datang dan mengarahkan kami berpindah secepat mungkin sebab dijangka banjir hingga paras pinggang. Nda sempat berbuat apa2 kami cuma membawa beberapa pakaian dan dokumen penting saja.

Aku dan hubby ditempatkan di kawasan yang agak selesa sikit sebab owner rumah yang uruskan tempat penempatan kami sementara, berbaloi dengan harga sewa rumah yang kami bayar. Macam hotel sikit2.




Memang selesa tapi hati aku dan hubby masih lagi risau dengan keadaan rumah. Sebab dijangka hanya 2hari kami diarahkan berpindah. Tapi kami tengok dalam berita keadaan makin teruk mungkin dijangka 2minggu. Lepas tu kawasan yang kami tinggal dalam berita kami nampak memang teruk. Risau yang amat2 hanya tuhan saja yang tahu.

Selama beberapa hari kami masih lagi tidak dibenarkan balik ke rumah. Aku dan hubby pun cuba untuk ke rumah tapi malangya jalan ke tempat rumah kami ditutup dan masih dikawal ketat oleh polis. Aku dan hubby minta kebenaran polis yang mengawal untuk masuk ke kawasan kami tinggal tapi tidak dibenarkan atas faktor keselamatan. Kami redha bercampur sedih mungkin barang2 kami habis sudah hanyut.

..akan bersambung ke part II...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...