Aku is Aku


Aku is aku!! tiada benda yang perlu berubah!! fahamkah?? Kenapa mesti mahu mengeraskan kepala? Ingin tunjuk betapa anda hebat!! x payahlah tiada juga orang mahu puji kena kutuk adalah. Tidak payah banyak cakap 'aku is aku' muktamad. Aik masih juga keras kepala cuba test tukul dulu tu kepala betul2 keras ka atau tiada akal untuk berfikir?

Orang tua-tua cakap jangan tapi itu juga yang dibuat. Makin dilarang makin pula suka. Makin ditegah tapi itu juga dikejar. Biasala 'aku is aku' kan. Aik? Lupa sudahkah siapa yang mengasi keras tulang belakangmu? orang tua jugakan jadi kenapa tidak mau dengar nasihat? Sebab 'aku is aku'. Bah..kalau itu juga pilihan yang tetap di ikut maka badan pun binasa.



Maka jatuh binasala 'aku is aku'. Tunggang langgang x tau bawa diri. Sekejap terhanyut ke tepi sungai sekejap terhanyut di tepian lautan. Kalau tsunami datang dimana 'aku is aku' ingin berpaut. Sehingga kain putih menyelaputi dibadan 'aku is aku' tetap terhanyut tanpa sempat kembali kepangkal jalan.

'aku is aku' ini buat adik2 yang masih bersekolah lingkungan 13-17thn. Jangan ikut kata hati. Orang tua cakap 'ikut rasa binasa ikut hati mati' jadi fikirkan setiap apa pun tindakan yang ingin anda buat. Timbang tara baik buruk yang bakal dihadapi. Orang tua menegur bukan kerana benci, tapi sayangkan anak. Kepada mereka yang bergelar remaja jadi kan la masa remaja anda saat yang paling anda hargai dalam hidup anda.



Masa remaja hanya sekali bukan berkali-kali!
Sama-sama kita renungkan selamat beramal. 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...