Gansau

Hapy Monday!!

Gansau a.k.a kuat jalan. Aku pinjam dulu bahasa rasmi dusun my hubby. Na pandai sudah aku sikit2 dusun ni. Kalau aku balik kampung lakiku di Tambunan boleh sudah aku bertrep2 faham hehe.

Kalau kamurang mo tau *kalau mo tahula* aku sama hubbyku ni gansau kalau di KK. Suka berjalan-jalan makan angin yang baru mula2 kahwin. Off dari rumah tengahari balik rumah tengah malam kira2 jam 3 pagi begitu. Aku tahu tu apa dalam kepala otak kamu? sorry ya aku dan hubby nda pernah pun menjejakkan kaki di clubbing itu bukan cara kami enjoy. Walaupun sudah 5 tahun aku tinggal di KK tapi nda pernah pun kaki ku menginjak mana2 club. Lain orang lain cara enjoy na begitu..

Ahli-ahli kami yang suka gansau ni termasukla kakak iparku,sepupu2 lakiku,adik lakiku dan adikku jugala c mimi terikut keke. Lepas saja tutup kedai iparku jam 8 malam mula sudah kami gansau. Port yang pertama kami pergi makan nasi lemak di Gaya Street sedap ooo*lupa aku nama kedainya*. Lepas isi perut baru kami pigi cari karoake room. Jadi aku sama hubby ku suggest pigi di 1B siok sound dia sana. So kami pun pigi sana tapi sampai sana punya buruk sudah sound dia slow betul. Bagus lagi berkaroake dirumah kecewa kami terus kami pigi di CP. Memang dicni kami selalu menyanyi tapi kunun mo cari tempat lain. Last2 di CP juga. Trus kami book sampai jam 2 pagi..hehe.


Ini antara ahli2 pada malam tu. Yang baju putih cbb yang baju hijau cria, durang ni sepupu lakiku suma. Sebelum kami balik tu sempat juga kami mengambil gambar di 1B. Lama jugala sebab masing2 suka berpose kan haha..berebut lagi tempat bergambar.


Aku sama hubby pun sibuk bergambar..keke!! Pernah aku kasi masuk juga ni gambar dalam blog ni tapi entri berlainan. Saja upload balik nda salahkan.


Tengah2 tu pun cousin lakiku namanya c ijal. Malam tu ahli kami suma 10 orang haha ramaikan. Tapi sume berkeluarga la itu yang best sama2 enjoy. Gambar yang kami berkaroake aku lupa ambil. Terlupa sudah kesiukan menyanyi haha. Antara suara2 yang best durang cbb cida durang iparku dan paling best hubby aku punya suara keke. Malam itu memang best. Lebih kurang jam 2 lebih kami pun pulang beramai-ramai.
Sebab besok ada lagi plan kami suma hehe.


Jeng..jeng..bisuknya yang petang kami plan pigi di First Beach Tanjung Aru. Kununya kami pigi main bola sepak pantai. Kami kasi bahagi dua team.

Team 1
Aku, Hubby, Bb, Wan

Team 2
Nani, Zul, Jal, Ida

Kami pun mula la ni bermain..hahaha banyak ragam. Terutama yang sumandak sambil main sambil ketawa2..lucu owh. Tendang pun main hantam saja yang penting bola masuk. Kiranya ndada sudah peraturan yang penting dapat mata haha.


Dua orang budak ni aku culik dari Beluran. Seluar putih adikku cmimi dan seluar coklat tu sepupu kami c tim namanya. Durang dua ni nda ikut men bola durang sibuk kira pasir di tepi pantai haha. Lebih kurang jam 5 lebih begitu kami balik sudah.


Sebelum kami balik tu sempat kami menyuruh orang tolong ambil gambar. Inilah ahli2 gansau kami yang semalam kecuali c ria teda cni dia kerja. Siokkan hapy saja suma. Rindu masa2 begini.


Sebelum aku, hubby, cmimi, ctim balik pigi rumah kami singgah dulu dirumah iparku. Aktiviti kami mandi lagi haha kiranya hari tu kami sibuk mandi saja. Sempat lagi durang hubby men tanding2 tahan nafas dalam air. Akulah pengadilnya tengok masa keke.


Ndada aku dalam gambar ni. Sebab akula yang mengambil gambar. Sejuk sudah aku rasa itula tu. Terlampau penat aktiviti hari itu.

Semua gambar ni gambar lama tapi sengaja aku imbas kembali. Hatiku rindu sudah memanggil-manggil balik ke kampung halaman. Tapi ndapa x lama lagi aku n hubby balik. Tunggu ya kami balik pastu kita gansau lagi haha.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...