Ngeh..ngeh..merajuk atau marah?
Kalau marah sekejap saja sejuk kan? Kalau merajuk atau mengaus susahkan, ada yang merajuk bertahun-tahun nda pun selama-lamanya.
Semua orang didunia ni pandai marah tapi merajuk pandaika? Marah senang dipujuk merajuk ni susah sikitkan. Kalau nda pandai pujuk sampai bila2 la tu merajuk. Lagi satu kalau merajuk ni selalunya perasaan yang disimpan-simpan. Perasaan marah yang nda terlepas bersabar dan terus bersabar sampai sendiri makan hati lepas tu merajuk. Siapa yang selalu merajuk ni? Perempuan atau lelaki?
Perempuan atau lelaki dua2 pun pandai merajuk. Dua2 pun ada hati dan perasaan kan. Perasaan yang mudah terhiris. Bezanya lelaki ni ego dengan perasaannya berbanding perempuan yang lebih terbuka. Orang merajuk ni bukan senang mau pujuk sebab dia bukan marah atau membenci orang tu tapi mungkin ada yang dia nda dapat terima apa orang tu buat sama dia. Apalagi kalau orang tu jenis yang suka cakap siang nda pandang2 belakang cakap malam nda suluh2 depan. *pernah kamu dengar peribahasa ni? mestila nda sebab aku baru cipta tadi khas untuk entri ni haha*
Biarla masa yang mengubat hati merajuk kan? Kasi lupa sikit2 apa orang itu buat. Mau marah pun ndada feeling sudah mo layan. Marah pun bukan boleh mengubah keadaan. Paling2 mengasi buruk keadaan jadi ada baiknya satu pihak merajuk keke. Lagi bagus jangan peduli lagi nda sakit hati nda makan hati makan ikan masin saja..lagi ceria hidup.

p/s-entri ini hanya suka2 jangan pula ada yang buat spekulasi sendiri nanti jadi kontroversi pula. ndada kaitan sama ada yang masih bernafas atau yang ndada nafas. fikir positif saja kamu jangan negatif nanti dapat dosa maa...keke
Tiada ulasan:
Catat Ulasan