Mabuk Jalan

Salam semua..pagi ni aku nak share petua tradisional dari nenek moyang aku..entah kan betul atau tidak tapi aku nak share juga. Tapi sebenarnya aku tidak pernah buat pun sebab aku bukan jenis yang mabuk jalan tapi aku jenis yang enjoy jalan hehe.

Anda pernah mabuk jalan? bukan mabuk alkohol ya tapi yang aku maksudkan mabuk jalan. Contoh kalau anda sedang berjalan jauh menaiki kereta,bas,keretapi,kapal terbang dan apa pun jenis pengangkutan tiba-tiba anda rasa pening kepala dan rasa ingin muntah. Jadi anda pun muntah dalam bakul plastik hehe. Kiranya setiap anda jalan bakul plastik tidak akan pernah anda lupa untuk pastikan berada dalam beg anda. Kiranya list pentinglah.

Adik aku ni seorang yang mabuk jalan. Baru 1km lepas dari rumah sudah mula luyu2 atau longlai2 dalam kereta. Makan pun tidak mahu yang aku sedap saja melantak makanan hehe. So kata bapaku jangan lupa lepas saja duduk di kerusi kereta tu terus cium lutut. Adik ku ketawa ish bapa ni main2 saja..adikku x percaya. Selepas saja kejadian itu adikku pun ikut petua yang bapa aku bagi.


So kalau tidak mahu mabuk jalan ciumlah kepala lutut anda selepas duduk dalam kereta. Boleh percaya ka? haha entahla yang aku tahu aku just share aje. Lagipun sekarang kan sudah moden kalau takut mabuk anda pergi saja farmasi minta ubat mabuk jalan ada tu dijual. Tapi bagi anda yang tidak mahu keluar modal beli ubat ikutla petua di atas..hehe.

Selamat Mencuba!!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...