Badan Nda Sedap!!

Salam 1 Malaysia

*entry ringkas*

aauchum..huhu!! i got flu la..rasa pening-pening pun ada, rasa macam demam pula, tadi pagi okay saja pun..

pigi klinik-klinik biasa pun aku nda berani mana boleh ambil sebarang ubat, mesti ada kebenaran doktor yang kita follow-up masa mengandung..

so terpaksa minta advice dari doktor pakar O&G yang aku follow-up

anywy doktor sudah bagi kebenaran dan jenis ubat yang boleh di ambil...kesian mr.hubby terus bergegas pigi ambil ubat..thank you!! 


Singgah blog aku sat , bleh ?

Salam 1 Malaysia

Santai Bersama BEN ASHAARI

nampak segmen BA terus join!! nak info lanjut cepat klik link di bawah yea..

"segmen BA"

salam perkenalan semua..terima kasih sudi blogwalking disini..blog lumut ni baru diwujudkan gara-gara ingin mengisi keboringan "tuan blog"..

lebih kepada blog personal yang meliputi kehidupan "tuan blog" tidak kira semasa happy, sedih, kecewa..
(sebenarnya aku tiada bakat mo tulis cerita info semasa atau politik atau pengetahuan) ini saja yang aku pandai hehe..dan juga bukan blog untuk mengumpat atau mengaibkan mana-mana pihak samada yang bergelar arwah atau tan sri, datuk, atau golongan koporat. Harap maklum!!! cehh...formal pula


Lastly Happy Blogging Semua!!! Sama-sama Kita Memeriahkan Dunia Blogger

 


Aku Nda Suka Kasi Kusut Otak!!

Salam 1 Malaysia..

sambil minum susu ni macam siok pula mengupdate entry walaupun sebenarnya tiada idea keke!!

hantam sajalah!! yang penting terlepas niat mo mengupdate kunu'..

eee..malas aku mo meninguk berita politik-politik ni terlalu banyak "propaganda" entah siapa betul siapa salah..semuanya mo manang!! 

itula aku cakap nda payah difikir nanti kusut pula otak!! hak rakyat juga maa...choice kita sendiri yang buat suka hati la haha!! <--walaupun aku tau ada tu yang bercakap-cakap mesti pertahankan hak kita!! 



lain orang lain pandangan kan so hormati hak privasi sesama manusia okay!! nda mo lagi cakap panjang-panjang nanti aku kena saman. aku ni anak orang miskin ndada duitku mao turun naik mahkamah gaman keke..

*Nota Sejarah - Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh <--ada kaitan ka peribahasa ni*



Ekspresi Dirimu Dengan Muzik Di Pagi Hari!!!!

Salam 1 Malaysia

morning!! update entry ringkas sambil layan lagu  entah kenapa hati gembira betul dengar lagu pagi-pagi ni rasa ceria, lupa segala masalah.

ada juga sesetengah orang muzik adalah satu terapi yang sangat berkesan!! buat orang jadi tenang dan sentiasa bersemangat..

kalau nda percaya jom kita ramai-ramai dengar
 lagu hari ni..nda kirala lagu apa janji you suka!!


The Story Tentang Abg Sapijan, Kak Bia, Adik Era

Salam Jumaat

*morning semoga teman-teman blogger sentiasa ceria* cepatnya masa berlalu sedar tak sedar hari ini dah pun hari jumaat!! eee...suka!! besok lusa holiday!!

berbalik kepada tajuk aku yang poyo!! tu hehe..cerita tentang mereka bertiga. ketiga-tiganya tiada kaitan saudara pupu 1x atau 2x atau 3x. hanya mempunyai persamaan disebalik nama yang simbolik keke..

nanti aku kasi terang nama-nama simbolik tu ok..ni aku nak imbas semula cerita alam persekolahan aku dulu..tapi still ada kesinambungan dengan nama-nama di atas tu..hehe

ceritanya bermula macam nie..waktu aku sekolah menengah dulu aku mempunyai 5 orang teman yang sangat rapat. masing-masing punya perwatakan yang berbeza-beza. ada yang tahan tukul, nda pernah marah, kuat marah, suka mengasi kena, suka ketawa-ketawa dan bermacam-macam ragam lagi. itu yang buat group kita best!!

salah satu daripada teman aku ni memang suka menyakat orang, nda kisah la sama ada murid atau guru semua dia hentam kasi kena. yang penting buat dia enjoy dan ketawa-ketawa.

so pada suatu hari sewaktu Cikgu I sedang mengajar, tiba-tiba pula teman aku datang sot!! <--wayar otak mereng-mereng + putus-putus 

A = teman aku
Cikgu I = guru BM kami

A = Cikgu..saya ada mahu kasi sampai pesan sama cikgu.

Cikgu I = Pesan apa?

A = Macam ni hari tu saya ada terjumpa dengan bekas pelajar cikgu di Giant, durang kirim salam sama cikgu.

Cikgu I = Siapa nama pelajar tu?

A = Bekas pelajar juga, kalau nda silap si sapijan, kak bia sama si era

Cikgu I = Cikgu tak berapa ingat la, nama penuh mereka apa? mungkin cikgu boleh ingat semula.

A = Erm..tapi cikgu sambut ka salam durang?

Cikgu I = A'ah yala waalaikumsalam..

A = Cikgu betul-betul mahu tau ka nama penuh durang?

Cikgu I = Yala..apa nama penuh mereka tu.. <--cikgu nda sabar sudah

A = Betul ya cikgu jangan menyesal. sebenarnya si sapijan nama penuhnya SAPIJANTAN, si kak bia tu BIAWAK, dan si era tu KERA.

Cikgu I = Kamu kenakan cikgu ya..KELUAR KELAS sekarang <--cikgu tergeleng-geleng kepala menahan malu



dengan muka yang nda malu tahan tukul lagi...teman aku A pun ketawa-ketawa sambil keluar kelas..haha!! padan muka siapa suruh kasi kena cikgu. Alasannya kunun dia mengantuk dalam kelas tula pasal dia cari pasal sama cikgu. 

tapi kawan-kawan lain pun support sebab semua orang nda suka Cikgu I sebab suka kontrol macho haha!!!

tapi kita semua sempat minta maaf sebelum ambil exam SPM. nanti nda berkat pula ilmu hehe!!


*Nota Muzik - Cikgu tu asalnya dari semenanjung tapi posting di Sabah hehe..kesian cikgu tu keke minta maaf ya cikgu*


" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "

Santai Bersama BEN ASHAARI

Nak join cepat klik "sini"

sebenarnya blog saya ni baru berusia baby!! sangat-sangat memerlukan kritikan membina atau apa-apa yang korang rasa nak kritik. dengan hati terbuka saya terima.

so dengan rasminya anda bolehla memberi nasihat, pandangan, kritikan terhadap blog saya. 

*Nota sains - hati lagi suka bila kena komen dapat buat yang lebih baik*



Lagi Dua Hari

Salam 1 Malaysia

*entry pendek, ringkas dan tiada isi* hati berdebar-debar..lagi 2 hari due, tapi selalunya tidak tepat..kadang over kadang awal pulak...

yang penting dua-dua selamat..ibu and baby kan...


walaupun begitu aku still keluar rumah jalan-jalan hehe..kadang-kadang ikut mr.hubby pergi memancing di teluk likas..best owhhh...aku duduk-duduk dan tengok saja

tapi nda risau beg sudah lama ready di kereta tinggal tunggu sakit saja hehe..

ok babai

*Nota kaki - rindu berblog macam dulo-dulo*



Rogol Dan Bunuh Wanita Cantik?

Salam 1 Malaysia

*saya ingin bercerita* <--otak lebur gara-gara kuat makan coklat. tajuk bikin gempak? haha sengaja bah tu ambil perhatian keke..tapi sebenarnya memang aku mau cerita pun..ini kes aku bercerita sama adikku..

masa tu petang-petang waktu kami masih tinggal di kampung..sebelum pindah di ulu dusun. aku  tengok adikku balik-balik men sms, nda pandai berpisah sama handphone jadi aku sengaja cerita la sama dia pasal seorang perogol dan wanita cantik.

Dialog kami dua beradik

kaka : mi kau ada dengar ka berita semalam? 
mimi : berita pasal apa?
kaka : pasal yang perogol tu..kalau dia nampak perempuan cantik mesti dia rogol pastu dibunuhnya. sekarang perogol tu masih bebas.
mimi : yaka? ee..bikin takut juga tu..dimana tu? di semenanjungka?
kaka : na..itula kau berhati-hati. bukan di semenanjung..kalau kaka nda silap di Sarawak.
mimi : ooo...kalau kunun dia lari pigi di Sabah..macam mana la tu..bikin takut..
kaka : takut juga kau..mi kununla..kalau kau berjalan-jalan kan tiba-tiba kau terjumpa tu perogol apa kau buat? kau larika?
mimi : mestila bah..siapa mau kena rogol pastu dibunuh!!! sia-sia bah tu mati katak!!
kaka : tapi kan mi....itu perogol kan sebelah mata pun dia nda pandang kau..dia hairan lagi kau terus lari sambil menggeleng kepala..
mimi : ish kenapa pula???
kaka : sebab dia MEROGOL dan MEMBUNUH hanya wanita-wanita yang cantik!! kau PERASAAN CANTIK la ni kan? hahahaha <--aku ketawa
mimi : kurang asam!! mengasi kena saja!!


hahaha...aku pun ketawa berabis...sapa suruh balik-balik sms saja..nda pandai stop..darila malam sampaila siang, dari lah siang sampaila malam..aku yang bosan meninguk!!

hahahahahaha  terguling-guling aku ketawa  

cerita di atas tu hanya REKAAN SEMATA-MATA..cerita tu khas untuk mengasi kena orang saja!! siapa yang nda dengar betul-betul memang conform terkena!! kekeke...


*Nota Kaki - sila baca betul-betul nanti ada yang terkena pula keke!!*


Sahut Cabaran Dari Cik Tomate - 5 Day

Assalammualaikum & Selamat Pagi

**mood sangat tenang..lepas subuh tadi sempat service bilik dengan gembira hehe** dan sekarang dengan senang hati ingin mengupdate entry!!

macam lama sudah pula aku nda mengupdate apa2 entry? iya baru aku perasaan macam lebih 5 hari, mana ada busy cuma sakit malas aku datang secara mendadak so memang tidak dapat di elakkan hehe..siou k!!

yeah!! sedar nda sedar cabaran hari ke-5 sudah sampai, jom tengok apa soalannya

status anda? relationship anda?

soalan pebret aku..siapa nda bangga kan bila orang tanya status kau apa? hati pun excited menjawab, saya sudah BERKAHWIN dengan bangganya..sambil senyum-senyum sumbing keke. Paling terharu pula bila kau memegang title ISTERI dan IBU semestinya hati berbunga-bunga. jadi perasaan itu yang aku rasakan sekarang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...