Pengalaman Me & Hubby Banjir di Australia [Part I]

Salam semua..

Hari ini aku rajin sikit mo kongsi beberapa pic yang aku snap dan beberapa yang lain aku ambik dari yahoo7. Australia banjir? Iya itula pengalaman aku dan hubby semasa tinggal di bumi Australia. Memang di suburb yang kami tinggal pun terkena banjir memang teruk dan sampai sekarang air masih belum surut dibeberapa kawasan. Rumah kami pun kena tingkat bawah habis barang terendam tingkat atas pun hingga paras lutut sandi kan. Barang di tingkat bawah nda sempat kami selamatkan sebab masa tu pihak penyelamat mengarahkan kami berpindah dari kawasan itu secepat mungkin. Kami cuma dapat selamatkan barang2 dan dokumen penting. Barang2 elektrik semua habis rosak. Sedih dan sangat risau juga masa itu sebab yang ada cuma aku dan hubby saja. Terus aku teringat keluargaku di Sabah.

Memang tidak disangka suburb kami tinggal tu akan banjir sebab hari Khamis tu 16/12/10 memang hujan nda berhenti 1 hari lagipun hujan renyai2 saja jadi aku dan hubby pun nda sangka akan banjir so aku dan hubby ndala mengemas2 barang. Tiba2 petang Jumaat 17/12/10 pihak rescue datang dan mengarahkan kami berpindah secepat mungkin sebab dijangka banjir hingga paras pinggang. Nda sempat berbuat apa2 kami cuma membawa beberapa pakaian dan dokumen penting saja.

Aku dan hubby ditempatkan di kawasan yang agak selesa sikit sebab owner rumah yang uruskan tempat penempatan kami sementara, berbaloi dengan harga sewa rumah yang kami bayar. Macam hotel sikit2.




Memang selesa tapi hati aku dan hubby masih lagi risau dengan keadaan rumah. Sebab dijangka hanya 2hari kami diarahkan berpindah. Tapi kami tengok dalam berita keadaan makin teruk mungkin dijangka 2minggu. Lepas tu kawasan yang kami tinggal dalam berita kami nampak memang teruk. Risau yang amat2 hanya tuhan saja yang tahu.

Selama beberapa hari kami masih lagi tidak dibenarkan balik ke rumah. Aku dan hubby pun cuba untuk ke rumah tapi malangya jalan ke tempat rumah kami ditutup dan masih dikawal ketat oleh polis. Aku dan hubby minta kebenaran polis yang mengawal untuk masuk ke kawasan kami tinggal tapi tidak dibenarkan atas faktor keselamatan. Kami redha bercampur sedih mungkin barang2 kami habis sudah hanyut.

..akan bersambung ke part II...

"Sesungguhnya Allah Memang Sengaja..."

Assalamualaikum w.b.t

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
Supaya kita dapat menjadi PENILAI yang baik..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
Supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan PERTOLONGAN dari ALLAH..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
Supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
Supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita untuk masa depan..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
Supaya kita dapat mengutip PENGALAMAN yang tak semua orang untuk mengalaminya...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
Supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
Supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
Supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-Nya..


p/s-jangan mengeluh kenapa hingga saat ini jodoh belum dipertemukan..bersyukur dengan ketentuan yang Allah beri kepada kita dan percayalah bahawa ada hikmah yang tersembunyi.

*kredit to my friend Ana AnJamili-Facebook*

Merajuk Atau Marah?

Ngeh..ngeh..merajuk atau marah?
Kalau marah sekejap saja sejuk kan? Kalau merajuk atau mengaus susahkan, ada yang merajuk bertahun-tahun nda pun selama-lamanya.


Semua orang didunia ni pandai marah tapi merajuk pandaika? Marah senang dipujuk merajuk ni susah sikitkan. Kalau nda pandai pujuk sampai bila2 la tu merajuk. Lagi satu kalau merajuk ni selalunya perasaan yang disimpan-simpan. Perasaan marah yang nda terlepas bersabar dan terus bersabar sampai sendiri makan hati lepas tu merajuk. Siapa yang selalu merajuk ni? Perempuan atau lelaki?

Perempuan atau lelaki dua2 pun pandai merajuk. Dua2 pun ada hati dan perasaan kan. Perasaan yang mudah terhiris. Bezanya lelaki ni ego dengan perasaannya berbanding perempuan yang lebih terbuka. Orang merajuk ni bukan senang mau pujuk sebab dia bukan marah atau membenci orang tu tapi mungkin ada yang dia nda dapat terima apa orang tu buat sama dia. Apalagi kalau orang tu jenis yang suka cakap siang nda pandang2 belakang cakap malam nda suluh2 depan. *pernah kamu dengar peribahasa ni? mestila nda sebab aku baru cipta tadi khas untuk entri ni haha*

Biarla masa yang mengubat hati merajuk kan? Kasi lupa sikit2 apa orang itu buat. Mau marah pun ndada feeling sudah mo layan. Marah pun bukan boleh mengubah keadaan. Paling2 mengasi buruk keadaan jadi ada baiknya satu pihak merajuk keke. Lagi bagus jangan peduli lagi nda sakit hati nda makan hati makan ikan masin saja..lagi ceria hidup.

p/s-entri ini hanya suka2 jangan pula ada yang buat spekulasi sendiri nanti jadi kontroversi pula. ndada kaitan sama ada yang masih bernafas atau yang ndada nafas. fikir positif saja kamu jangan negatif nanti dapat dosa maa...keke

Burger Special A++

Salam semua....


Burger made by me. Kelmarin petang aku rajin betul jadi sebelum lakiku balik kerja aku buatla burger king size. Sebab c hubby suka makan burger jadi aku pun ringan tulang tunaikan permintaannya. Hari ini aku pun ringan hati mo share mana la tau kamu rajin mo buat hehe.

Burger Sharienz Sz

Roti Burger
Daging Ayam
Telur
Sayur Lettuce
Tomato
Cheese
* Sos Chilli/Tomato
* Mayaonise
* Planta

Itu saja bahan2 nya lepas tu kamu aturla sendiri. Mesti kamu pernah nampak kan masa kamu beli burger macam mana durang atur jadi lebih kurang saja tu hehe. Saja aku mo kongsi mana tau kamu tiba2 rajin kan. Lagi satu walaupun simple tapi dapat memikat hati suami tau. Sebab kesungguhan mo buat tu ada x sama nilainya dan rasa yang kita beli dikedai. Air tangan isteri tu penting hehe..

**Selamat Mencuba**

 

Part I : Mula Kenal

Hallo suma...

Macam len2 saja tu tittle kan hehe..dapat agak ka? Nda ba tu aku mo kongsi2 saja kisah cintaku macam mana disaat detik perkenalan aku dengan hubbyku. Bukan ingin menayang-nayang ba bilang orang tapi aku ingin mengimbas kembali memori manis kami berdua lagipun nda lama lagi anniversary kami mula-mula couple dulu hehe. Entri ni khas untuk hubby aku. Aku kasi suprise dia baca. Nda sabar aku tengok reaksinya baca ni entri lalala =).

Polaroid Graphics, Polaroid Myspace Graphics

Imbas kembali di tahun 2002. Masa ini aku masih lagi form 3 dismas. Kami ada 6 orang segenk kunu' la. aku,can,nab,san,gee,kaze'. Kami 6 orang ni memang rapat dari form 1 lagi makan sama2 pigi surau sama2 riadah sama2 pergi sekolah sama2 semuala sama2. Kalau kurang ahli orang pun heran sebab selalu sama2 kan. Jadi ceritanya begini kawanku c kaze' tu dia punya couple orang Tambunan satu kampung sama hubbyku dan yang sebenarnya juga hubbyku sama c kaze' ni 1st cousin haha.

Satu malam tu c kaze menggunting satu gambar. Dalam gambar tu ada 3 orang lelaki, sebelah kiri couple c kaze yang tengah hubby aku dan sebelah kanan abang hubbyku. Kunu'nya c kaze mo ambil gambar couplenya saja trus disimpannya dalam dompet dan baki gambar yang digunting tu dia mo buang. Aku kan nampak gambar tu trus bilangku yang ini sapa namanya? sambil menunjuk gambar hubbyku. Oh c Ishak ba tu napa? kim salam sama dia matanya kiut bilangku haha. Jadi gambar tu aku ambil aku gunting gambar hubbyku dan aku terus simpan sebenarnya bukanla serius aku saja2 ja bah tu aku simpan gambar tu pun sebab sayang kalau dibuang aku suka tengok mata hubbyku tu saja.Tapi rupa2nya c kaze serius haha.

Polaroid Graphics, Polaroid Myspace Graphics

Hari raya 2002 tu c kaze balik kampungnya di Tambunan. Trus dia bawala photo album tu balik kampungnya. Dalam tu album memang semua gambar kami 6 orang kenang2an sebelum pindah sekolah baru di Taman Mawar. Jadi ada satu malam tu durang c kaze sama sepupu2 nya berkumpul2 la bercerita2. Tiba2 pula c kaze mengasi tengok genk2 nya kunu di sekolah. Hubbyku pun ada masa tu. Hubbyku tengokla kunu tu album trus hubbyku ternampak kami bergambar 6 orang satu kali. Jadi hubbyku tanya la satu2 nama kami. Sampai digambarku hubbyku tanya ini sapa namanya? trus c kaze cakap ini c rien dia kirim salam sama kau dia cakap matamu kiut hahaha. Hubbyku tanya lagi ada nombor telefonnya? c kaze bagila no telefon rumah, no hpku sama kad namaku (adakan dulu2 femes buat kad2 nama macam bisnes kad tu kalau kamu ingatla).
*berdasarkan penceritaan c kaze*

Setakat itu sajala ya dulu..simple kan cara kami bertemu...x disangka2 semuanya kebetulan tapi itula ketentuan dari yang Maha Esa. Part seterusnya hubbyku telefon aku..!!! hehehe

..akan disambung...

*****

Gansau

Hapy Monday!!

Gansau a.k.a kuat jalan. Aku pinjam dulu bahasa rasmi dusun my hubby. Na pandai sudah aku sikit2 dusun ni. Kalau aku balik kampung lakiku di Tambunan boleh sudah aku bertrep2 faham hehe.

Kalau kamurang mo tau *kalau mo tahula* aku sama hubbyku ni gansau kalau di KK. Suka berjalan-jalan makan angin yang baru mula2 kahwin. Off dari rumah tengahari balik rumah tengah malam kira2 jam 3 pagi begitu. Aku tahu tu apa dalam kepala otak kamu? sorry ya aku dan hubby nda pernah pun menjejakkan kaki di clubbing itu bukan cara kami enjoy. Walaupun sudah 5 tahun aku tinggal di KK tapi nda pernah pun kaki ku menginjak mana2 club. Lain orang lain cara enjoy na begitu..

Ahli-ahli kami yang suka gansau ni termasukla kakak iparku,sepupu2 lakiku,adik lakiku dan adikku jugala c mimi terikut keke. Lepas saja tutup kedai iparku jam 8 malam mula sudah kami gansau. Port yang pertama kami pergi makan nasi lemak di Gaya Street sedap ooo*lupa aku nama kedainya*. Lepas isi perut baru kami pigi cari karoake room. Jadi aku sama hubby ku suggest pigi di 1B siok sound dia sana. So kami pun pigi sana tapi sampai sana punya buruk sudah sound dia slow betul. Bagus lagi berkaroake dirumah kecewa kami terus kami pigi di CP. Memang dicni kami selalu menyanyi tapi kunun mo cari tempat lain. Last2 di CP juga. Trus kami book sampai jam 2 pagi..hehe.


Ini antara ahli2 pada malam tu. Yang baju putih cbb yang baju hijau cria, durang ni sepupu lakiku suma. Sebelum kami balik tu sempat juga kami mengambil gambar di 1B. Lama jugala sebab masing2 suka berpose kan haha..berebut lagi tempat bergambar.


Aku sama hubby pun sibuk bergambar..keke!! Pernah aku kasi masuk juga ni gambar dalam blog ni tapi entri berlainan. Saja upload balik nda salahkan.


Tengah2 tu pun cousin lakiku namanya c ijal. Malam tu ahli kami suma 10 orang haha ramaikan. Tapi sume berkeluarga la itu yang best sama2 enjoy. Gambar yang kami berkaroake aku lupa ambil. Terlupa sudah kesiukan menyanyi haha. Antara suara2 yang best durang cbb cida durang iparku dan paling best hubby aku punya suara keke. Malam itu memang best. Lebih kurang jam 2 lebih kami pun pulang beramai-ramai.
Sebab besok ada lagi plan kami suma hehe.


Jeng..jeng..bisuknya yang petang kami plan pigi di First Beach Tanjung Aru. Kununya kami pigi main bola sepak pantai. Kami kasi bahagi dua team.

Team 1
Aku, Hubby, Bb, Wan

Team 2
Nani, Zul, Jal, Ida

Kami pun mula la ni bermain..hahaha banyak ragam. Terutama yang sumandak sambil main sambil ketawa2..lucu owh. Tendang pun main hantam saja yang penting bola masuk. Kiranya ndada sudah peraturan yang penting dapat mata haha.


Dua orang budak ni aku culik dari Beluran. Seluar putih adikku cmimi dan seluar coklat tu sepupu kami c tim namanya. Durang dua ni nda ikut men bola durang sibuk kira pasir di tepi pantai haha. Lebih kurang jam 5 lebih begitu kami balik sudah.


Sebelum kami balik tu sempat kami menyuruh orang tolong ambil gambar. Inilah ahli2 gansau kami yang semalam kecuali c ria teda cni dia kerja. Siokkan hapy saja suma. Rindu masa2 begini.


Sebelum aku, hubby, cmimi, ctim balik pigi rumah kami singgah dulu dirumah iparku. Aktiviti kami mandi lagi haha kiranya hari tu kami sibuk mandi saja. Sempat lagi durang hubby men tanding2 tahan nafas dalam air. Akulah pengadilnya tengok masa keke.


Ndada aku dalam gambar ni. Sebab akula yang mengambil gambar. Sejuk sudah aku rasa itula tu. Terlampau penat aktiviti hari itu.

Semua gambar ni gambar lama tapi sengaja aku imbas kembali. Hatiku rindu sudah memanggil-manggil balik ke kampung halaman. Tapi ndapa x lama lagi aku n hubby balik. Tunggu ya kami balik pastu kita gansau lagi haha.


Ubah Mood Tukar Lagu


Wink2..tadaa..perasan kamu? aku tukar sudah lagu diblog ini haha..mcm saja orang ambil peduli keke.  Terlampau rajin untuk hari ini jadi cari kerjala. Aku bosan sudah ba itula aku mo cari lagu2 yang lain pula.

Tambahan bilang laki ku hari tu "terlampau siuk bah lagu sayang" sambil senyum2 meninguk aku. Padahal aku tengok lakiku tu headphones disangkutnya dileher sudah, jadi aku fahamla itu satu sindiran yang amat bermakna keke. Kalau kamurang lurus bendul memang perasaan sudah tu tapi aku ni peka kepada sindiran jadi aku fahamla maksud tersirat laki ku tu hehe. Mungkin kalau aku letak lagu Amy Search conform tersenyum lebar sudah tu lakiku. Favouritenya kan!!

Photography Graphics

Aku ni pun jarang melayan lagu kadang2 saja. Kalau kusut jiwaku aku layanla lagu2 kalau aku happy aku nda pula suka dengar ganjilkan. Ada aku terbaca satu blog tipsnya jangan pasang autoplay lagu nanti mengganggu pembaca yaka? Bagi aku pula kenapa aku pasang autoplay diblog ku ini sebab aku sendiri yang mau dengar jadi x susah2 la aku kasi on lagi..ada kemudahan napa tidak mo guna kan. Tapi itu ikut orang la  lain orang lain caranya yang penting saling hormat menghormati.

Perfume Pertamaku

Happy Sunday

Morning hari ini hari minggu. Ceria2 kan diri anda bersama keluarga. Kalau aku di kampung ni conform aku pigi tamu pastu pigi beli kuih terang bulan, sayap ayam, burger, dan banyak lagi la tapi yang aku betul2 pasti suma makanan tu menyumbangkan lemak di badanku haha!!

Okayla ni hari aku mo cerita2 sj bah kejakunanku dapat hadiah perfume yang pertama dalam hidupku. Siankan? keke..sebab aku ni bukannya penggemar minyak wangi cukuplah pakai cologne memadai sudah. Yang penting orang dekat pun nda tutup hidung..keke.

Ni cerita sebelum aku sama hubby ku kahwin. Kami jalan2 di Warisan Square cuci2 mata tengok barang yang cantik lagi mahal huhu ndada duit mau beli. Kiranya macam ni la perbualan aku sama hubby.

Hubby : Darling mari masuk kedai tu na? (sambil menunjuk jari)
Aku : Yang mana? kedai yang pink kaler tu ka? yang nama nya "SASA"
Hubby : Iya
Aku : Ish nda mo lah mahal2 tu barangnya. Apa juga barang yang dijual disana? (Sakai kan haha)
Hubby : Barangan kosmetik, perfume. Abang ada mo beli tu untuk sayang.
Aku : Ish nda payahla mahal tu. Aik abang pernah masuk sana ka?
Hubby : Sanala dulu abang sampai tengah malam pasang Air-cond. Ownernya mo siap cepat. Jadi abang ada tengok2 la barangnya. Adala tu abang mo bagi.
Aku : Oooo..yang abang sampai jam 2 pagi tu kan? patutla..

Rupa2 nya hubby aku mo belikan aku perfume. Aku sukala sapa nda suka kan. Pandai laki ku pilih perfume tu sangat wangi..lembut n buat rasa elegant.


Iya itula hubby aku bagi. Wangi siot!! Tima kasih daun keladi lain kali beli lagi..haha demand sudah bininya.


Tapi perfume ni skrg tertinggal di Malaysia. Aku nda bawa p cni. Sebab susah owh cni ada limit kalau bawa cecair masuk..cerewet bah orang bilang. Hubbyku beli tu tahun 2009..tapi sampai sekarang belum juga habis2 sebab aku jarang pakai minyak wangi.






Aku promote untuk kamurang..keke..cepat2la grab!! wangi ni..sesuai untuk summer. Tapi walaupun aku bukan fanatik perfume tapi aku tetap hargai pemberian lakiku. Padahal laki ku pun nda suka aku pakai melampau minyak wangi tapi yang aku heran dia belikan aku pula. Ka..ada maksud tersirat? hahaha




Perfume pertamaku!! memoriku automatik terimbas ketika bersama hubby dan yang pasti akan membuatkan aku terus tersenyum ceria....bila terhidu wangian ini.

Perfumeku Memoriku!!


Usaha Tangga Kejayaan

Salam..

Fuyoohhh...chaiyok2!! akhirnya aku dapat juga apa yang aku cari2 selama ini..almost finish!! tapi entah jadi ka nda tu..besala budak baru belajar kena follow lah step by step..langkah pun mesti ayu2..nda boleh terus melompat..nanti banyak yang tertinggal..x cukup pula ilmu di dada!!

Tapi aku bangga jugala weii..sekurang2 nya ada juga peningkatan..ndala ditakuk yang sama saja kan..bosankan kalau itu2 saja..memang aku ni cepat bosan..mudah nda puas hati kalau usaha yang aku buat tu nda mendatangkan hasil apa2 pun..bukan ingin mendapatkan perhatian tapi keselesaan diri sendiri itu yang lebih penting..macam mana orang mo selesa sama kita kalau kita sendiri pun nda rasa selesa kan?...mo paksa orang? jangan begitu aku sendiri pun nda suka kena paksa..hehe

Sekarang baru aku percaya "usaha tangga kejayaan". Tanpa usaha macam mana mo berjaya kan..siapa lagi mo tolong kalau bukan diri sendiri. Mau minta tolong pun susah takut terhutang budi pula sama orang nanti dibelakang hari lain pula ceritanya..nanti kena ungkit2..sendiri juga sakit hati kan. Apa pun yang kita buat adalah untuk kepuasan diri sendiri..nda payah fikir apa orang cakap..ambil yang positif jadikan kekuatan untuk kita buktikan yang kita ni boleh berjaya. Mana lah tau kita pula yang lebih berjaya dari orang tu..teda siapa yang tahu kan..Tuhan itu adil.

Tapi ingat!! sebelum berjaya tu banyak tangga2 yang perlu dilalui. Jangan mudah berputus asa. Sentiasa sematkan kekuatan diri dan pasti suatu masa kita akan berjaya. Yang penting ikhlas jangan mudah mengalah rintangan yang datang bukan senang kadangkala kita putus asa tapi ingat sekali lagi setiap kejadian itu ada hikmah. Mungkin hikmah yang dijanjikan itu adalah kemanisan yang paling manis kita rasa selepas kepahitan.

Jom Memancing

Salam petang kamurang...

Haha..ketawa2 dulu bah..yihah!! jom memancing? kamu pernah pergi memancing ka? Kalau pernah apa kamu rasa siuk? atau pun bosan? keke mana satu kamu pilih?

Aku mau share pengalamanku pigi memancing so hari selasa yang lalu aku dan hubby, berdua saja ni mo berdating bah kunu' tu cari kelainanla jadi kami dua pun mo pi memancing. Tapi cabarannya hari tu kami jalan lebih kurang jam 12.00 tghri dari rumah x silap sampai jam 12.30 sdh. Jadi bayangkanlah betapa panas terik sudahla sekarang dcni summer, nda lari la 38-42 dgree owhhhhhhh. Tapi xpa kami 2 pigi juga hehe.


So kami pun pergi di Carnarvon One Mile Jetty. Uihh penat tu berjalan 1km dari jetty p tengah laut, sudahlah ngam2 cuaca baik panas terik berjalan lagi jauh2..tapi xpa bilang hubby ku exercise bah tu..eleh kunu' takut nda kena kawan p memancing..hehe..ada udang disebalik mee!!

Tepat jam 1.00 pm kami dua sampai sudah dihujung tu jetty. Hubbyku senyum2 girang sudah memancing sebab hajatnya tertunai, yang aku apalagi jadi peneman dan pemerhati yang setia padahal dalam hati cepat2 la pulang. Dan mulutku x pandai diam sekejap suruh pancing disana, pancing disini, tarikla tu pancing, macam2 la..berlagak pro kunu' padahal baru 2x p memancing.



Naa..ini la umpan yang kami guna. Laki ku p minta udang yang aku beli untuk lauk kami..itula tu sikit saja..luki bah ni bininya sayang tu bikin umpan, tapi aku bagi jugala kesian aku tgk lakiku memujuk sdh haha so aku bagila dalam beberapa ekor..hehe..senang hatinya turus =)


Baru gambarku muncul..mula2 sampai tu aku trus duduk dsitu tiba2 aku rasa lapar..nasib aku bawa epal jadi sambil2 aku tengok laki ku sambil2 itula aku makan. Mulutku masa tu berfungsi 2 in 1. Makan dan membebel dalam masa yang sama..lakiku senyum2 saja..padahal dalam hatinya "ndala pandai ikan ni datang terlampau kuat sound" mungkinla begitu mana aku tau kan..haha..memfitnah sdh ni aku..sory bah darling!! =)

Aku tengok jam mo dekat jam 2.00pm sudah tapi ikan belum juga tersangkut..mo habis sudah umpan kami..asal ditarik hilang sudah umpan tinggal mata kail ntah ikan apa juga dibawah tu..jadi waktu kebosanan sudah tiba..yeah dcinila aku mengharap bilang hubbyku "marila balik" tp x juga mulutnya bersuara.
aku candidla ni pic..tada..


Jauh sudah hubbyku termenung..tembus2 sudah mungkin dalam laut tu dia nampak ikan2 berenang sambil mengulu-ulu lakiku haha..tapi hubbyku memang orang yang penyabar x heranla...sanggup menunggu!! yang aku?? haha sama juga termenung, berkhayal, otakku ntah p mana sampai sudah mungkin di kampung halamanku..


Jeng..jeng tiba2 pancing hubbyku bergoyang macam ada ikan tersangkut yeah..akhirnya penantian aku dan hubby berbaloi juga..hubbyku tarik pelan2 trus timbul ikan sederhana kecil. nda dapat aku bayangkan betapa happynya kami 2 dapat ikan walaupun kecil..menunggu berjam-jam akhirnya ada juga rezeki kami dua.

Itula ikan yang kami tunggu berjam-jam..haha..kecilkan mungkin kalau kami makan conform berebut x cukup untuk 2 perut yang sememangnya kuat makan. Tapi ikut undang2 disini ikan ni undersized jadi mesti dibuang balik dalam laut. ada siap ruler lagi bikin ukur..nampakka yang putih2 dilantai dekt hubbyku tu..erm itula sukatan yang perlu di ikut. kalau xda sory la gaman kena saman la ko ya..tapi nasib kami baik hari tu, teda orang di gate yang mencheck jadi bolehla kami seludup tu ikan p rumah..kununya mengidam aku..haha


Cepat2 hubbyku buka tu kail dari mulut tu ikan..pastu kami simpan dalam plastik hitam dan terus tapuk di dalam baldi paling bawah..kami kasi impit2 guna tu umpan..nee menyeludup sudah kami!! lalala...kami dua saja yang tau sama kamu la yang membaca ni..keke.

Pastu hubby pancing lagi..nda sampai 2 minit ada lagi ikan tersangkut huhu...sukanya kami 2 masa tu..sama jenis juga ikan yang kami dapat saiz pun sama..tapi kami x berani sudahla ambil..jd hubbyku buat umpan..hubbyku potong kecil2..trus hubbyku memancing lagi...

Dan x sampai 5 minit bergoyang lagi pancing hubby ku..kuat tarikan dari dalam air..conform ikan besar ni bilang laki ku..sekali hubby ku tengok..teka ikan apa kmi dapat? ikan JERUNG bah kami dapat..lebih kurang 1meter panjang..terkejutnya aku sama hubbyku..macam mana kami boleh nampak? itu ikan melompat di atas air sebab itu ikan melawan..akhirnya tangsi pancing hubbyku putus...nee itu ikan jerung terlepas... 

Hubbyku memancing lagi..nda sampai 5 minit juga dapat lagi kami ikan..teka ikan apa? hahaha anak ikan jerung pula..entah kenapa umpan kami jerung saja yang berminat...so aku tangkapla gambar...


Spesies "White Shark" tapi ini belum bahaya sebab masih kecil kalau yang besar conform aku sama hubbyku lari..bahaya bah tu tajam betul giginya..kulit ni anak ikan jerung pun tebal teda sisik dasarnya lembut macam kain satin. Untuk pengetahuan kamurang perairan aus ni memang banyak jerung. Jadi tidak boleh suka2 mandi manda di laut..1 meter dari pantai pun jerung berenang-renang..kalau mo try kena gigit cubala kalau x putus kaki..haha!!

Itu anak ikan jerung pun pigi makan mata kail kami..tali tangsi pun putus..jadi ndada sudah mata kail kami..so kami pun beredar pulang..dengan senang hati dan pengalaman yang sungguh manis.

p/s-sekali sekali marila pigi memancing, uji kesabaran kamu. Kadang2 pulang dengan tangan kosong..kadang2 ada hasil..jadi kesimpulannya nda suma kemahuan kita dalam dunia ini akan tercapai..ceh ada kaitan kunun...apa2 pun aku n hubby enjoy hari tu..sweet!!!

p/s-sory penulisanku memang teruk..aku masih belajar lagi memperbaiki struktur ayatku..harap kamu dapat baca dan faham..hehe maafkan hamba..itula kelemahanku!! huhu

Hari yang malas!!!

adoi..adoi..adoi..hari ni hari yang malas buat aku!! gerakanku lidut sumala lidut!! perasaanku jadi malas semacam. entah mungkin beribu kali sudah mulutku ni merungut. kalau laki ku dengar conform terus aku ditegur kenapa mengeluh? paling2 jawapanku 'ndada'..sudah malas jadi jawapan pun ala2 malas la.

Photography Graphics, Tumblr Photography

bayangkan saja la..tadi pagi aku escape buat sarapan..padahal hari2 memang rutin ku tu, tapi ni hari mataku malas mo terbuka..laki ku pigi kerja pun aku tengok kelip2 saja mataku..salam tangan laki ku aku sambung perjuangan tidurku..punya malaskan..nasib lakiku sayang aku kalau nda..hehe!! kesian hari ni dia buat sarapannya sendiri..sory darling!! ceh manja2 kunu'

last2 aku terbangun ni hari jam 10.15am astagafirullah punya malas aku ni hari..mataku berat betul mo terbuka mo tidur saja..ee susah juga ni..so aku lekas2 pi mandi n buat lunch..tu pun simple dimple saja..yang penting adala kan..jam 11.00am siap suma..punya cepatkan? simple memangla..

laki ku balik jam 11.30am pastu terus kami p makan..siap2 makan terus kami rehat. apalagi aktiviti kami 2 kalau bukan modop..tidur la apa lagi..pastu hubby aku bangun jam 3.00pm hahaha..terus p kerja..yang aku menyambung lagi tidur sampai jam 4.00pm...hari ni kerjaku tidur saja..memang sangat malas la aku hari ini. bangun2 baru aku buka lappy dan terus online..otakku malas juga berfikir jadi entri hari ini pasal aku malas sajala..ala aku berblogging ni pun untuk meluahkan isi kepala otakku..macam diari..sebab aku ni memang suka tulis diari..dr smk lagi..smpila ke hari ni..

Photography Graphics, Tumblr Photography

erm sekarang pun mo dekat jam 7 sudah tapi terang benderang lagi cni..aku pun mo mandi n masak..macam besala aku masterchef laki ku..of coursela aku sentiasa punch card di dapur.. actully aku malas ni hari sebab pembawaan c baby haha..c baby juga dikasi salah..kesian..keke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...